![]() |
Buah betik |
1. Betik merupakan tumbuhan yang banyak
terdapat di ASEAN.
2. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika.
3. Nama saintifik ialah Carica papaya.
Ciri-ciri betik
1. Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari
segi saiz, rupa bentuk dan rasa.Lazimnya ia
berbentuk bujur dan bulat.
2. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg.
3. Rupa dan bentuknya menjadikannya popular
di negara-negara ASEAN.
4. Buah variati yang kecil, berbentuk bulat dan mutu tinggi mendapat sambutan
dan berpoptensi untuk pasaran antarabangsa.
Khasiat buah betik
Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.
Kegunaan buah betik
1. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung.
2. Penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan
toksik.
3. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.
5. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
6. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
7. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.
8. Betik juga digunakan untuk membuat membuat produk kecantikan seperti pencuci muka dan juga lotion badan.
![]() |
hiasan buah betik |
![]() |
hiasan buah betik |
No comments:
Post a Comment