![]() |
Durian |
1.Ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan. Durian adalah buah tropikal yan berasal dari Asia Tenggara.
2. Nama saintifikDurian merah (Durio kutejensis)
2. Nama saintifikDurian merah (Durio kutejensis)
3.Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar.
4. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in ) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg.
1. Ciri-ciri durian
-Mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk .
- Mempunyai bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam.
- Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan yang menyelitupi biji benih.
Penawar tradisi
- Penawar ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlakubersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu,
kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
- Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya
- Berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian .
- Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian
kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.
Pokok Durian
- Pokok durian membesar sehingga ketinggian 50 meter dan buah durian boleh tergantung dari sebarangcabangnya.
- Buah durian boleh mencapai berat 1 hingga 3 kilogram menjadikan ladang durian sebagai kawasan
berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan
kecederaan teruk atau membawa kepada kematian. Pada kebiasaan, pokok durian boleh berbuah
selepas 4-5 tahun.
- Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus.. Terdapat banyak klon durian, kesemuanya
mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor.
- Sebagai contoh, bseahagian klon popular adalah D24, D99, D158 ,D159" . Oleh kerana durian (adalah tajuk pengkajian di sebahagian institut pertanian, jenis perdagangan diberikan D nombor untuk membezakannya dari "piawaian" jenis liar.
-Pendebungaan durian bergantung kepada kelawar, Eonycleris spelaed yang menghisap madu bunga durian.Pada waktu lain, kelawar ini menghisap madu pokok bakau Sonneratia dan petai.
Pemilihan buah
Pemilihan buah dari luar satu ladang adalah lebih rumit. Berikut adalah sebahagian daripada kaedah pemilihan asas digunakan :1.Lazimnya kesegaran dari satu buah boleh dipastikan dari tangkainya. Apabila buah telah dialih dari
pokok, tangkainya mulai kering.
2.Kebanyakan peminat menggemari buah durian yang isinya kering dan matang. Satu jalan mudah untuk
mengetahui samaada isi kering tanpa membuka buah adalah dengan menggoncangkan buah dan
mengesan getaran kecil. Isi durian yang lembap melekat pada kulit buah. Isi durian yang kering
cenderung untuk berpisah dari dinding buah. Seseorang mestilah berhati-hati agar tidak tercedera oleh
duri buah durian ketika melakukan perkara ini.
3.Durian mungkin diserang oleh perosak yang bertelur di dalam buah yang berkembang menjadi larva
seperti ulat. Amat penting ketika membeli buah durian untuk mengelakkan membeli buah yang
mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke
dalam buah.
![]() |
Isi durian Merah |
![]() |
Buah Durian |
![]() |
buah durian |
![]() |
Pokok durian |
![]() |
Isi durian |
![]() |
Daun pokok durian |
![]() |
bunga durian |
![]() |
Bunga Durian |
No comments:
Post a Comment