Friday, 25 November 2011

Pisang

pisang
1.Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae.

2. Pisang merupakan buah yang sedap.

3. Pisang senang ditanam.

4. Pisang pada  awalnya merupakan  sejenis tumbuhan liar di kawasan hutan di Asia Tenggara



Penanaman pisang

1. Iklim suhu optimim yang bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC  dan tiupan angin tidak melebihi 15km/jam.

2. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,5000 sehingga 2,500mm/tahun.

3. Penanaman pisang memerlukan air  terutamanya pada peringkat ia berjantung.

4. Tanah yang sesuai  ialah tanah yang bertekstur  lempung berpasir dan keadaan tanah yang   peroi  dan keadaan tanah yang beralun kurang daripada 12 peratus.







Cara Menanam 
1. Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik.

2. Jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha.

3. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.

4. Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik dan  kesegaran pokok.



Khasiat  pisang

1. Menurut kajian tempatan 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

2.Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

3.  Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

4.Pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Tips Kesihatan



1.Kolestrol 
pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

2.Darah tinggi dan strok 

pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

3.Anaemia 

anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

4.Cirit-birit
potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

5.Kemurungan 

orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6.Pening-pening

cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

7. pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%) (  dari wikipedia )




Tips kecantikan 

1. Air dari batang pisang dikatakan berkhasiat bagi melebatkan rambut.
2. Manakala kulit pisang Emas pula digosokkan pada kulit untuk wajah yang halus dan licin.



Galeri 

buah pisang


Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja  dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek.













daun pisang


Daun pisang menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas  ,biasanya digunakan sebagai alas makanan .  Orang India menggunakan  daun pisang untuk menghidangkan makanan Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat,nasi lemak.Orang India menggunakan  daun pisang untuk menghidangkan makanan .




jantung pisang



Jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur.Jantung pisang mempunyai serat yang tinggi dan baik untuk buah pinggang.Jantung pisang boleh dibuat kuih dan juga dimasak kari.









batang pokok pisang
 

Batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.Selain itu ,Batang pisang boleh digunakan untuk membuat rakit.Isi dalam  batang pisang juga dimasak   gulai ataupun kari . Ia dapat membersihkan buah pinggang dan pundi kencing.




Pisang goreng






























kek pisang


daun pisang





























































































2 comments: