Saturday, 26 November 2011

Buah Manggis

buah manggis
1. Buah manggis ( Garcinia  mangostana ) adalah sejenis tumbuhan tropika malar hijau .

2. Ia dipercayai berasal dari Asia Tenggara.


3. Buah manggis digelar " Ratu Seagala Buah ".


4. Pokok manggis  sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.


5. Ia juga amat  kepada jenis tanah dan kealkalian tanah.


6. Pokok manggis boleh ditanam berhampiran sungai, kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun.



Buah manggis

1. Buah manggis mempunyain kulit tebal dan isi yang berwarna putih  dan rasanya  manis.

2. Kulit manggis mempunyai pewarna / getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju

3.Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong.

 4.Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.


khasihat buah manggis 

1. Buah manggis mengandungi Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2
2. Kulit buah manggis digunakan untuk mengubati cirit birit oleh orang-orang India dan Cina.
3. Khasiat  xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis  masalah seperti
     * alergi , resdung, lelah
     * Penyakit kulit seperti eczema , gatal-gatal ,psorisis, seborrhea,jangkitan kulat
     * Luka-luka yang  biasa pada mulut , melecur,penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolestrol
     * Mengelakkan keletihan, menyembuh kekurangan darah, penyakit ulser, saluran usus yang bengkak  dan pelbagai masalah lagi.

4. Buah manggis juga dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu , sabun  untuk kehalusan kulit dan pencegahan penyalit kulit di negara Thailand.

5. Buah manggis juga  diproses menjadi jus minuman. ( Wikipedia )


 Galeri

buah manggis


kulit buah manggis




Lebih lanjut tentang kulit manggis.....sila layari
http://www.alpokat.com/uncategorized/manfaat-kulit-buah-manggis/






bunga manggis
pokok manggis




daun manggis


   
jus manggis

1 comment: